Thursday, 9 February 2012

Di Maki Orang

 Cuba teka ini kepala siapa?kepala bapak mertuaku yang comel..haha(siyes aku tak tipu)


 Adik lelaki saya yang hensem..kerana mewarisi kehenseman saya
 Teman isteri pergi cari bunga yang ada 'madu' hahahaha

"Ah Moi(gelaran bagi wanita cina yang belum berkahwin)..." saya menegur seorang taukeh kedai topup, masih muda dan belum berkahwin saya kira.

"nak tanya, sini awak ada jual screen protected tak?untuk handphone punya..?" tanya saya

"apa handphone?" tanya Ah Moi tadi,

"Samsung Galaxy...." jawab saya

"ada.." pantas beliau membalas

"berapa?" saya tanya kembali 

"Sepuloh linggit.." jawab Ah Moi tadi

"Ok..boleh la..pasang terus" pinta saya
"Itu kalau pasang jadi lima belas linggit.." beritahu Ah Moi tadi

"Uish..mahalnya..takpalah..tak jadi.." saya senyum, kemudian saya terus berjalan keluar dari kedai tiba-tiba...

"Bodo punya olang!" sumpah Ah Moi itu pada saya

"Itu Melayu manyak Bodo! " sumpah Ah Moi itu lagi pada saya...berderau hati saya, rasa nak patah balik untuk menumbuk mukanya, tapi cepat-cepat datang lintasan di hati,

'Rasulullah pun pernah di maki, di hina, di baling dengan najis oleh seorang wanita Yahudi tua, tapi tatkala itu, Rasulullah tak pernah membalasnya dengan satu tumbukan..tidak sesekali begitu!'

saya tersenyum..

Sungguh inilah yang di katakan ujian setelah kita mempelajari sesuatu, setelah kita mendapat sesuatu ilmu, kita pasti di uji untuk melihat sejauh mana apa yang kita belajar itu kita faham dan dapat atau tidak kita buat, bukan mudah sebenarnya, apa pun, banyakkan berdoa pada Allah agar iman kita sentiasa mantap dan punya kekuatan untuk mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w.

Saya membaca sirah Baginda s.a.w, baginda seorang yang suka berjalan pantas, tapi orang melayu kita jalan macam mengheret kaki, dulu masa di kampus, pelajar melayu perempuan berjalan punyalah lembab, macam siput, saya siap boleh pintas lagi, haha, dalam 1 kajian yang di buat di barat, sapa yang berjalan pantas, otaknya juga akan terdorong untuk cerdas..lihat? betapa sunnah rasul itu sangat bermanfaat.

Hanya pandai mengutuk

"Cina macam tu elok awak lempang, tumbuk je..ajor die siket" kawan saya di pejabat memberi cadangan.
"Tapi lagi teruk la kalau biar, dah lah kapir, sembah patung!" berapai-rapi kawan saya tadi ini berhujah, hanya pandai mengutuk

saya senyum, tak guna cakap banyak kalau emosinya tengah membara, mungkin esok saya boleh bincang semula dengan beliau, teringat kata-kata guru saya,
"Kalau dalam bab ketuhan, ALLAH s.w.t melarang kita mengutuk tuhan agama lain, sebabnya nanti orang kafir ini akan kutuk lagi kaw-kaw punya, tapi kita tak tahu, diorang akan balas lagi teruk, ini yang di maksudkan ta'lilul ahkam.." kata ustaz Fikri dalam kuliah talaqqi fiqh hadis dengan beliau.

Benar apa yang di kata ustaz Fikri, sepatutnya kita masyarakat Islam menonjolkan akhlak yang baik, namun hari ini akhlak umat Islam tidak begitu, semuanya mahu menunjuk bahawa masing-masing adalah pembela agama, bela apa, macam kaki samseng, kalau nabi masih hidup dan ada dengan kita, pasti nabi sedih

Kita dah tak berapa nak rasa buat sesuatu tu nak ikut macam nabi buat, contohnya buang sampah yang berterabur kat tong sampah, buang benda yang menghalang laluan di jalan raya, semua tahu tengok je..patut korang tengok program Law Kaana Bainana yang di hoskan oleh Ahmad Khawatir..pastu cuba nilai dalam diri kita, sejauh mana rasa cinta pada Rasulullah itu ada dalam hati kita dan di terjemahkan dengan akhlak yang baik?wallahu'alam


















Tuesday, 31 January 2012

Bila berjauhan

 Isteri saya..sangat gilerkan "Big Apple", saya pula?ntahla..saya tak tahu apa yang sedap dengan donut tu..bagi saya, makan roti canai lagi sedap..haha

"Abang rehatlah.." kata isteri saya melalui telefon di sebelah sana,
"emm.." jawab saya acuh tak acuh,

Sebetulnya kepala saya sangat sakit, entah mengapa tiba-tiba sakit kepala saya datang kembali, saya dapat mengagak mungkin kerana tekanan darah saya agak tinggi, saya pernah mengalami penyakit tekanan darah tinggi, namun penyakit itu telah pergi apabila saya sentiasa bersukan dan menjaga cara pemakanan saya.

Isteri tiada di sisi

Namun penyakit tekanan darah tinggi itu kembali semula, setelah isteri saya tiada di sisi kerana bekerja di Johor manakala saya di dalam kawasan pedalaman Pahang, sungguh menguji hati, untuk bertemu sangat tipis, 2 bulan sekali mungkin, kesukaran perhubungan dan pengangkutan.
Banyak saya rasa kurang dalam hidup sejak ketiadaan isteri, banyak terlupa barang itu dan ini, sebelum ini segalanya di ingatkan oleh si isteri, tapi hari ini tidak lagi. Saya sedang cuba untuk menyesuaikan diri kembali untuk mengurus hidup seorang diri, betul kata orang-orang tua, kalau sudah biasa isteri di sisi, berjauhan sehari terasa setahun, berlainan kalau dah memang biasa berpisah kerana urusan penting, itu lain ceritanya.

Peluang untuk menghargai

bagi saya, ujian yang ALLAH berikan ini merupakan satu tarbiah, kerana semuanya adalah milik ALLAH, berjauhan dengan isteri adalah peluang untuk menghargai,saya teringat cerita yang di ceritakan oleh guru saya ketika sekolah dahulu, katanya manusia jarang bersyukur dan menghargai apa yang ada di sisi, walaupun setiap hari ia menggunakannya seperti kenderaan ke tempat kerja,isteri di rumah, atau ibu bapa yang baik, tapi bila semua atau salah satu perkara yang ada di sisi itu tiada, segalanya terasa duka, hidup terasa tidak normal dan ketika itulah kita baru tersedar betapa pentingnya ia disisi kita! 

Jika dahulu semuanya ada isteri membantu, tapi hari ini, semuanya terpaksa di buat sendiri, bekejar-kejar tanpa pembantu, lebih-lebih lagi saya yang jenis tak suka minum dan makan di restoran, semuanya perlu di siap awal!
Apa pun bila berjauhan jangan kita cuba untuk terbiasa dengan hidup sendiri, kekalkan momentum rindu itu, kalau kita sudah kalih untuk rindu pada pasangan kita takut-takut kita menjadi 'selesa' dengan hidup berjauhan, ia sudah tentu racun yang sangat merbahaya untuk kehidupan suami isteri!

Itu sahaja untuk hari..(nape ayat aku skema ala-ala motivasi lak..haha)





Muqaddimah

Assalamualaikum

Saya pernah berblog, tapi ini kali pertama saya mahu menulis tentang rasa hati saya, tentang cinta, tentang emosi dan tarbiah saya dan isteri saya, harap semuanya berjalan lancar, sunyi rupanya duduk sorang-sorang takde isteri kat sisi..hailaa..hailaa..rindu betul pada isteri i tuh..huhu..ok..itu sahaja hari ini..huhu,This is what we call..MUQADDIMAH..haha