Tuesday 31 January 2012

Bila berjauhan

 Isteri saya..sangat gilerkan "Big Apple", saya pula?ntahla..saya tak tahu apa yang sedap dengan donut tu..bagi saya, makan roti canai lagi sedap..haha

"Abang rehatlah.." kata isteri saya melalui telefon di sebelah sana,
"emm.." jawab saya acuh tak acuh,

Sebetulnya kepala saya sangat sakit, entah mengapa tiba-tiba sakit kepala saya datang kembali, saya dapat mengagak mungkin kerana tekanan darah saya agak tinggi, saya pernah mengalami penyakit tekanan darah tinggi, namun penyakit itu telah pergi apabila saya sentiasa bersukan dan menjaga cara pemakanan saya.

Isteri tiada di sisi

Namun penyakit tekanan darah tinggi itu kembali semula, setelah isteri saya tiada di sisi kerana bekerja di Johor manakala saya di dalam kawasan pedalaman Pahang, sungguh menguji hati, untuk bertemu sangat tipis, 2 bulan sekali mungkin, kesukaran perhubungan dan pengangkutan.
Banyak saya rasa kurang dalam hidup sejak ketiadaan isteri, banyak terlupa barang itu dan ini, sebelum ini segalanya di ingatkan oleh si isteri, tapi hari ini tidak lagi. Saya sedang cuba untuk menyesuaikan diri kembali untuk mengurus hidup seorang diri, betul kata orang-orang tua, kalau sudah biasa isteri di sisi, berjauhan sehari terasa setahun, berlainan kalau dah memang biasa berpisah kerana urusan penting, itu lain ceritanya.

Peluang untuk menghargai

bagi saya, ujian yang ALLAH berikan ini merupakan satu tarbiah, kerana semuanya adalah milik ALLAH, berjauhan dengan isteri adalah peluang untuk menghargai,saya teringat cerita yang di ceritakan oleh guru saya ketika sekolah dahulu, katanya manusia jarang bersyukur dan menghargai apa yang ada di sisi, walaupun setiap hari ia menggunakannya seperti kenderaan ke tempat kerja,isteri di rumah, atau ibu bapa yang baik, tapi bila semua atau salah satu perkara yang ada di sisi itu tiada, segalanya terasa duka, hidup terasa tidak normal dan ketika itulah kita baru tersedar betapa pentingnya ia disisi kita! 

Jika dahulu semuanya ada isteri membantu, tapi hari ini, semuanya terpaksa di buat sendiri, bekejar-kejar tanpa pembantu, lebih-lebih lagi saya yang jenis tak suka minum dan makan di restoran, semuanya perlu di siap awal!
Apa pun bila berjauhan jangan kita cuba untuk terbiasa dengan hidup sendiri, kekalkan momentum rindu itu, kalau kita sudah kalih untuk rindu pada pasangan kita takut-takut kita menjadi 'selesa' dengan hidup berjauhan, ia sudah tentu racun yang sangat merbahaya untuk kehidupan suami isteri!

Itu sahaja untuk hari..(nape ayat aku skema ala-ala motivasi lak..haha)





Muqaddimah

Assalamualaikum

Saya pernah berblog, tapi ini kali pertama saya mahu menulis tentang rasa hati saya, tentang cinta, tentang emosi dan tarbiah saya dan isteri saya, harap semuanya berjalan lancar, sunyi rupanya duduk sorang-sorang takde isteri kat sisi..hailaa..hailaa..rindu betul pada isteri i tuh..huhu..ok..itu sahaja hari ini..huhu,This is what we call..MUQADDIMAH..haha